Tuesday, December 31, 2019

Hari ni 31/12/19 bermalam hotel traders muar

Hari ni merupakan penutup 2019
Esok nk masuk 2020. Kaknab masih di hotel muar traders. Hari ni check out. Jap lagi boleh turun breakfast buffet kat hotel. Tidoq di hotel muar traders ni senang sebab dalam town, nk makan pun mudah, bawah hotel ni ada secret recipe, ada domino, ada dua tiga kedai makan exclusive lagi entah nama tak ingat. Walaupun kat muar kedai makan memang banyak tetapi kebanyakan tak sedap huhu.

Semalam dinner kat secret recipe. Makan fish n chip. Memang sedap. Harga pun ok juga wpun mahal sikit 26.00 dengan air satu orang berbaloi sebab sedap. Kebetulan memang favaurite aku makanan ni.


±+±++++++++++++++++++

Lepas check out makan kat secret recipe for lunch this time. Husband makan fish n chip lagi. Aku pula makan laksa singapore. Cukup la kenyang sampai setia alam ke rumah anak nanti.

Sunday, December 29, 2019

Hari ini 29/12/19.

Hari ni pi makan kat hameediah penang
Orang ramai, ingat pi awai tak lah beratuq panjang. Ramai juga. Banyak orang luar.

Makan dan siap bungkus rm38.00. air 3.60.

Semua rm41.60.

Thursday, December 26, 2019

26/12/19

Amirul pi balik kuantan.

Belanja kat pasar malam khamis 26/12/19

Sotong 13.00
Ikan kayu 11.00
Petai 5.00
Ulam 3.00
Sayur 21.00
Kacang poi dgn jambu 9.00
Yong tow foo 7.00
Mee rebus 4.00

Semua sekali jumlah 73.00

Barang wow dah sampai 26/12/19

Barang dah sampai. Wok tak lekat dgn cover, hadiah kuali dalam. Bertambah seronok masak. Terima kasih suamiku.


Wednesday, December 18, 2019

Hari ni 18/12/19

Hari ni aku dapat baca dalam solat subuh ayat 21-28 surah sajjaddah dengan lancar. Kalau boleh baca dengan lancar tanpa sekat sekat boleh la harini aku sambung ayat 29-30. Kalau dapat hafal boleh baca dalam solat untuk memantapkan. Aku akui memang lambat sikit untuk memghafal. Dapat ayat ni ayat tu aku dah lupa.Surah sajjadah saja aku mengambil masa lebih sebulan untuk menghafalnya. Bukan panjang pun 30 ayat saja. Umur 63 mungkin otak otak lambat bersambung haha

Tuesday, December 10, 2019

Hari ni 10/12/19





Hari ini akan balik sg lalang. Check out hotel avilion legacy melaka pukul 12.00 nanti.
Baru ja makan sarapan. Hotel 4 bintang
Tapi makanan tak berapa banyak pilihan. Buah pun ada dua jenis ja epal hijau dgn tembikai. Kek, kuih kampung tak dak pun.
Tak macam swiss garden lumut. Roti canai mi curry pun ada. Kuih melayu aneka jenis. Sama juga 4 bintang.
Mai nk komen sikit hotel ni.
Bilik ok besar juga, ada sofa. Bilik air ada bath tub.
Mula2 masuk tuala mandi tak letak kat bilik air. Jadi kaknab call minta, baru selesai basuh dok panas lagi.
Selalu kalau 4 bintang dalam bilik air mesti ada 6 helai tuala dari 3 size. Yg besar untuk mandi, yg sederhana untuk letak kat lantai takut licin, yg kecik letak dekat sinki untuk kita lap apa2.
Hotel ni. Tak ada pun tuala yg 4 tu. Depa bagi tuala mandi ja.
Berus gigi pun xbagi. Macam mana dapat 4 bintang. Tanya tak ada ka berus gigi. Depa kata bilik super deluxe mmg tak bagi berus gigi.
Hotel swiss garden semua bagi, lotion badan, berus gigi, shaver, sikat. Semua. Apa lah avilion legacy ni, macam2 tak ada.

Hari ini 9/12/19 hotel avilion legacy

Bermalam di melaka hotel avilion legacy. Berehat sebelum menuju ke utara.







Monday, December 9, 2019

Hari ni 8/12/19

Check out dari streetview hotel muar terus ke macap rumah abg long. Tidor rumah dia.

Saturday, December 7, 2019

Hari ni 7/12/19

On the way nk pi muar, bermalam di hotel streetview, muar



Bermalam di hotel streetview muar. Rm80.00 + 14.00 tax apa apa entah

Jadi semua rm94.00
Ok tak hotel ni. Ok juga bilik ada ruang untuk solat. Bagi kaknab kira ok lah dengan harga dia. Bilik bersih, selesa. .

Thursday, December 5, 2019

Ban pecah tanjung piandang. Hari ni 5/12/19

Lama betul tak pi memancing ban pecah tanjung piandang. Tadi pi tengok tak ramai orang memancing macam dulu. Dulu orang cari anak ikan kerapu celah celah batu pun banyak. Hambar ja sekarang. Ada juga orang mancing sungai kecik sebelah laut.

Tengok orang dok pasang pukat sampai kay tepi pantai, patut la tak ramai orang mancing.  Klu baling jauh mesti sangkut pukat.

Jom simpan gambar kat ban pecah untuk kenangan entah bila nk pi pula nanti.
























Sunday, December 1, 2019