Hari ni khamis, pagi aku pi pasar tani. Sungai petani. Beli segala mak nenek ulam, daun kadok, pucuk ubi keledek, buah geduaq. Makan sorang la semua ni. Pucuk paku masak lemak kuning. Lama xmasak pucuk oaku. Laki xberapa pandai berulam.
Hari ni ikan xberapa mahai. Beli ikan kayu masak cabai. Tu ataih dapoq mengemboq bau cabai menyucuk hidung.
Mak aku kata dia sakit belakang, tengkok. Try suruh dia makan ubat jantung yang letak bawah lidah. Sejak jm keluaq wad bukan march 2019, dia tak besa lagi makan ubat tu.
Lepas makan ja, mata naik binau, peluh satu badan. Ubat tu bagi darah berjalan dengan lancar. Lepas 10-15 minit makan ubat tu. Mata kelabu hilang. Sakit belakang pun hilang. Kuatnya ubat tu tak padan kecik konek.
Hari ni husband terima statement cimb shahriman ferdan yang menyatakan tidak ada kemasukkan rm10,000 yang kaknab banked in di rhb tetapi duit itu ada di statement maybank shahriman. Entahlah.
Yang hantar statement tu buat apa, kita nk tengok cimb mil ada tak duit masuk 10,0000 seperti yang didakwa. Katanya bukti yang depa xmasuk dalam cimb depa. Entahlah. Hanya depa yang tahu
No comments:
Post a Comment